Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 30, 2009

Hati...

Kenapa hati, adakalanya tak sehaluan dengan akal. Adakah itu nafsu namanya? Selama kehidupan bermula, hati mahukan sesuatu. Bila berbuat sesuatu, ia mengajar kita tentangnya. Tapi, yang kita pelajari itu tak semestinya manis. Tentu ada yang pahit, masam, kelat dan pedas. Bila mempelajari sesuatu, bererti membuat sesuatu berisiko tanpa ada jaminan. Sekiranya betul perkara yang dibuat, bererti kemanisan yang diterima. Tapi sekiranya silap perkara yang tersebut, maka consequences perlu dihadapi. Maka dengan itu, tuhan telah menghantar seseorang untuk membimbing, untuk melindungi dan untuk bersama hidup dalam keadaan gembira dan sedih. Mama dan Ayah...

Mama yang mengandungkan Eve selama 9 bulan lebih... Mama yang melahirkan Eve... Mama yang membesarkan Eve.. Mama yang sentiasa ada di sisi Eve bila-bila masa je... Mama yang jaga Eve masa sakit.. Semuanya mama yang buat untuk Eve... Sampai sekarang umur Eve dah lebih 25 tahun... Sometimes I felt like Mama terlalu kongkong Eve... Even Eve boleh fikir mama dan ayah buat itu semua untuk kebaik dan keselamatan Eve, tapi hati Eve memberontak jugak.. Mungkin sebab Eve cemburu tengok kawan-kawan Eve yang boleh buat ape je yang mereka nak.. Hehe... Tapi tak apa... Semua untuk kebaikan Eve dan Eve cuma nak pentingkan kebahagiaan mama dengan ayah... Eve sayang mama... Kadang-kadang Eve melawan mama tu, Eve tak sengaja.. Eve rasa tertekan... Tapi mama tetap sabar nak melayan semua karenah Eve kan.. Hehe... For that, I wish you Happy Mothers Day Mama... Eve sentiasa sayang mama, dulu kini dan selamanya hingga akhir hayat dan hingga ke akhirat... Eve hanya akan bersama dengan mama... I love you mama...









Monday, October 12, 2009

Went to PD with my love and friends...

Went to PD...

Mula-mula cerita memang sedih... Tapi lepas dah sampai sana Eve rasa happy sangat sampai lupa dunia. In the first place, Eve dah inform mama nak pergi PD dengan Huda. Tapi mama suruh tanya ayah. Nak dijadikan cerita, my aunty- mak cik Awa passed away on friday @ 2nd October 2009. Jenazah dibawa balik ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Since arwah ni baik sangat dengan my family, mama dengan ayah pun nak iring van jenazah sampai kampung. Pakcik Eve yang Uda tu pun ikut jugak. So, after everything settle, kami semua balik pulak ke kampung mama, Rembau. That night, i request my uncle's family spend a night there. Mana tau Kak Ngah tu anak kesayangan, so Uda pun agreed. I was so happy. Yet still thinking of going to PD. I asked my dad, tapi he refused to give me the permission. So sad.

Esoknya, semua orang pergi pasar tani kat pekan. I stayed with my dad and uncle. Tapi hari tu memang the worst thing I've ever done to my family. I siap cepat-cepat untuk balik Klang with hope ayah akan release me to go to PD. After lunch, I pun dah sibuk-sibuk kemas. My mom marah jugak, sebab nampak macam Eve try to halau my uncle's family. Actually tak ada niat pun, tapi I was really hope to go to PD tu. Unfortunately, sampai kat Klang ayah still tak izinkan Eve pergi. Sedih gila. Bila mengadu dengan mama lagi kena marah pulak.
.
So, Eve tak pergi hari Sabtu tu. The next day tak boleh tahan. Eve bawak baju semua masuk dalam beg Fitness First, terus shoot gi PD. Sejam je Eve drive. laju betul macam tak percaya. Eve jumpa dengan my love kat sana sebenarnya. Eve salin baju terus terjun dalam swimming pool. Seronok sangat. Even tak pandai berenang, berendam pun jadilah. Eve seronok sangat. Lepas swimming, kami pergi pasar beli ikan, udang dan ayam. Then kami bakar kat tepi pantai. Nak masak punyalah lama, tapi makan sekejap je dah kenyang. Lepas tu main-main jap kat tepi pantai. Snap pictures then kami balik ke apartment.
.
Swimming again. Huhuhu.... Lepas tu kami pun balik ke Klang. On da way, kami singgah makan di R&R Dengkil. Mama pun call, inform me Abg Syam, Kak Ina dan Mak Long Nora datang. Eve try jugak bawak laju untuk cepat sampai, sebab Eve drive seorang dari R&R tu. My Love drove his car with Sherol and Huda. But still Eve tak sempat nak jumpa all my nephew. May be dalam minggu ni Eve akan singgah ke rumah Mak Long. Rindu jugak dengan all my nephew kat sana. Lepas ni bila lagi nak pergi PD yek? This time nak ajak Nisah dengan Naim. InsyaAllah.