Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 6, 2010

My dream come true...

:-) Senyum sepanjang hari... hehe... Senyum berhari-hari... Senyum macam lagu Mr Malique feat Najwa... Happy.. Gembira dan bahagia... Nor Iwani binti Abd Hamid dah selamat nikah dengan En Muhd Izaidi bin Aladdinini... Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar... Sekali lafaz je Ewa dah sah jadi isteri Eddy... Tanggungjawab Mama Ayah dah lepas... Sayu sangat lepas tu... Menitis air mata Ewa... Dalam masa yang sama, Ewa berdoa semoga kehidupan kami lepas ni diredhai Allah s.w.t. dan mendapat keberkatan...


Ewa minta maaf pada semua kalau layanan kurang memuaskan... Ewa juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang terlibat dan telah menolong Ewa dalam majlis ni terutama Mama dengan Ayah... Terima kasih banyak-banyak... Semua pengorbanan Mama Ayah selama ni tak dapat Ewa balas... Kalau boleh Ewa nak minta satu lagi, satu je lagi dan Ewa tak minta apa-apa lagi lepas ni... Ewa minta Mama Ayah doakan hidup Ewa sentiasa baik dan bahagia... jadi anak dan isteri yang sentiasa taat dan setia pada Mama, Ayah dan suami... Agar hidup anak Mama Ayah ni bahagia, aman dan tenteram sentiasa... Supaya anak Mama Ayah ni dapat jaga Mama Ayah macam Mama Ayah jaga Ewa dari kecil dulu... Supaya kita boleh hidup bahagia bersama selamanya sebagai satu keluarga... Ewa tak ada sesiapa yang lain kecuali 3 orang ni je dalam hidup Ewa... Ewa harap sangat semua orang setia pada Ewa...

Tarikh Ewa nikah sebenarnya 4 Disember 2010... Tapi hari ni Eve ada kat ofis... Kerja pulak... 12 Disember 2010 baru majlis bersanding... Ewa nak jemput semua orang yang mengenali diri Ewa sudi hadir ke majlis Ewa... Majlis Ewa sederhana tapi Ewa harap semuanya berjalan lancar... InsyaAllah...

Semalam Ewa keluar dating dengan Hubby... Seronok sangat.. Rasa macam baru mula bercinta... Bahagia betul... Kami pergi KLCC tengok wayang... Hubby buat semua yang Ewa suka... Yang Ewa nak... Hubby bawak Ewa pergi makan dekat Fullhouse... Ewa cakap tempat tu cantik dan plan nak pergi dengan mama nanti... Tiba-tiba Hubby masuk parking kat situ... Ewa terkejut betul... Ewa ingat Hubby nak pergi makan kat tempat biasa-biasa je... Hehe... Terima kasih banyak Hubby... Dan malam tu kami berjanji sesama kami untuk terus setia dan membahagiakan antara satu sama lain... InsyaAllah.... I will love you forever Hubby....
Lupa pulak, boleh tak masa kat KLCC tu Ewa jerit kat semua orang yang Ewa sangat bertuah sebab lelaki yang berdiri kat sebelah Ewa ni adalah suami Ewa... Inai kat tangan pun merah lagi... Semua orang pun tau... Hehehe... Impian Ewa untuk jadi isteri dah pun termakbul... Sekarang perlu cari mimpi baru...