Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, July 6, 2011

Telur Kukus Sri Rampai


Assalamualaikum... Dah petang-petang macam ni baru Wani dapat sedikit masa untuk update entry ni... Ada banyak lauk dan kek yang dah Wani buat tapi tak menyempat-nyempat nak update dalam blog kesayangan ni... Bukanla Wani nak cakap Wani tak cukup masa... Semua orang dapat 24 jam 1 hari kan... Tapi Wani kena dahulukan perkara-perkara penting... Nak pergi klinik untuk check up pun belum sempat lagi...

Eh merepek dah ni... Malam tadi balik kerja memang Wani penat... Tapi kesian kat En Suami balik kerja nak minum... En Suami pulak baik hati kata tak perlu buat kuih atau apa-apa pun... Nak milo ais je rupanya... Dah siap milo ais Wani tengok dalam periuk... Mama Wani masak Gulai Telur campur Ubi Kentang, dan Ayam Goreng... Saya pulak sempat jalan-jalan ke dapur Kak Nor dan berkenan dengan resipi yang paling simple ni... Bahan-bahan memang ada dirumah dan cara-caranya pun mudah... Kak Nor, Wani mint izin letak kat sini pulak ye... Terima kasih... Rasanya memang juicy... En Suami pun sedap je meratah.. Dia kata lain kali boleh buat lagi... Yang sedap tu Wani ada campur daging ayam cincang macam yang Kak Nor buat... Meh tengok resipi... Tak perlu la Wani ajak kawan-kawan buat... Wani tau ramai yang dah biasa buat menu ni... Wani je yang baru terhegeh-hegeh kan... Hehe...








Yang ni masih dalam bekas...








Jumlah bahan buat Wani dapat 6 cup...


TELUR KUKUS SRI RAMPAI

Bahan-bahan ;

3 biji telur
1 biji bawang merah - potong dadu
1 biji cili merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 tangkai daun bawang - dihiris
sedikit daging ayam cincang
sedikit garam
sedikit minyak masak


Cara-cara ;

1. Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga
sebati.

2. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang disukai yang telah disapu dengan minyak masak.
Kukus dalam pengukus yang dah dipanaskan selama 10 minit.

3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

Beef Burger









Kelmarin Wani jalan-jalan ke TESCO dengan mama dan ayah... Teringat kat rumah masih ada daging burger... Sayang pulak kalau biar lama-lama nanti busuk macam tu je... Bila nampak roti burger yang dah siap ni kat bahagian roti, Wani pun ape lagi... ambil je la... Tapi kalau perasan, Burger yang Wani buat ni tak sempurna... Tak ada sayur... Wani ingat kat rumah ada lagi stok timun dengan tomato.. Rupa-rupanya Mama Wani dah masak hari tu... Jadilah burger Wani tak bersayur...





En Suami pulak balik kerja lepas Maghrib terus berdengkur... Penat sangat la tu... Bangun tidur terus senyum.. Cakap dengan Mama.. Seronok hidup macam ni... Tidur lagi bagus... Bangun-bangun je ada makanan dah siap... Lepas mandi dia pun hadap la... Tapi minta maaf banyak-banyak lah Hubby... Tak ada sayur... Cuma mayonnaise dengan chili sauce je la... Yang peliknya malam tu En Suami tak complaint pulak... Main makan je... Dah lapar sangat lah tu... Hehehehe....





Tak payah resipi la untuk burger ni... Malu Wani... Semua instant dari TESCO je tu... Memang senanglah hidup kan... Hari tu ada tengok dapur Kak Azlita buat roti guna Bread Maker... Sekarang tengah kumpul duit sikit-sikit... Kalau tak cukup boleh minta En Suami tambah sikit... Hehehe.... Baru boleh belajar buat roti sendiri pulak lepas ni... :-)





Lupa nak bagitau... Ada nampak tak setangkat jambu span tu... Haaa..... Dalamnya ada sumi.... Mama dengan Ayah Wani buat kraftangan untuk cenderahati time majlis sanding wani... Lepas tu pak cik Wani order pulak untuk majlis sanding anak buah sebelah isterinya... Then sepupu lagi sorang nak jugak buat cenderahati masa majlis pertunangannya... Maknanya... Kalau ada sesiapa yang nak order boleh lah kan... Harga kena bincang dengan Mama Wani kemudian...



Enough to say.... :-)