Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dah lambat dah... dah hari ke enam raya dah... baru hari ni Eve ada kesempatan nak celoteh dalam blog ni.. Raya tahun ni pun macam biasa... macam tahun-tahun yang lepas jugak.. Tak ada yang special sangat pun..Eve ada pergi rumah En Tunang... tapi tak dapat dui raya... huhuhu... Lau ikut bangsa Cina, lepas kahwin kena bagi duit raya... Means tahun ni je Eve layak dapat duit raya... Sebab tahun depan Eve dah jadi isteri orang.. (InsyaAllah) huhu... Tapi En Tunang ada janji nak bagi duit raya... Bila la agaknya boleh dapat... Lepas kahwin kot... hehehe... Tak apa lah... Nama pun raya... Berkunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai tu untuk mengeratkan tali silaturrahim... kan...

Raya bukan bermaksud untuk mencari jalan mudah mengumpul duit simpanan kan... Eve tengok budak-budak sekarang suka-suka pergi berjalan ke rumah orang yang tak dikenali semata-mata nak kumpul duit raya... Memanglah niat tuan rumah tu untuk bersedekah... Ikhlas atau tidak, itu terserah pada tuan rumah dan Allah s.a.w. Hanya Dia yang maha mengetahui... Doesnt matter... Bukan tugas kita untuk tentukan... Tapi cuba fikir balik... Itu kah budaya melayu yang diajar oleh orang-orang tua kita.. Eve ingat lagi sepupu Eve kena marah sebab minta duit raya lepas bersalaman dengan mak cik dan pak cik... Eve fikir dia ingin bergurau je... Tapi memang dia kena marah... Orang tua kita tak ajar kita minta duit pada orang lain... Kalau orang bagi, itu rezeki namanya... Tapi meminta-minta setahu Eve, agama kita pun tak mengajar begitu... Tapi Eve terbalik pulak... Mama cakap Eve bodoh sebab tak reti nak minta duit even dari ayah... Eve jawab mama ayah tak ajar...

Time raya rumah Eve selalu didatangi budak-budak dalam lingkungan umur 6 - 12 tahun... Dulu Eve cakap
dengan mama, tak kenal pun budak-budak ni... mak ayah tak larang ke pergi rumah orang yang dikenali... tapi mama Eve cakap- ni raya... sape-sape pun boleh datang... Kalau nak bagi duit raya tu, kena niat sedekah dan ikhlas... Kalau tak sia-sia je... Eve ingat sampai sekarang... Tapi pada Eve jugak, ibu bapa perlu ajar anak-anak agar pergi beraya hanya ke rumah saudara-mara atau sahabat-handai yang dikenali sahaja... Eve fikir macam ni juga boleh mengelakkan anak-anak kecil diculik atau menghadapi berbagai masalah lain...

Ape pun, Eve nak ucapkan ~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ~ Makan lemang ketupat tu jangan banyak sangat... Jaga kesihatan dan bentuk body jugak.. hehe...