Salam jumaat... Pagi ni lewat sampai ke pejabat.. Hujan lebat semalam pun sama... Ape lagi.. tarik selimut dan hug En Suami la yang paling best... Tapi kena bangun jugak... Kerja kan tanggungjawab, amanah dan yang penting ibadah... Kena buat breakfast lagi untuk En Suami sebelum dia pergi kerja nanti...Sampai pejabat tengok kerja mana yang patut lepas tu ape lagi... Upload gambar dan post entry ni lah... hehe...
Kek ni Wani buat malam tadi... Masa BW hari tu memang dah berkenan kat kek ni.. Sebab tak guna butter atau minyak... Tak ingat pulak tengok kat mana... Tapi Wani ada perasan Kak Ita Masam Manis pun ada buat kek ni... Mesti sedap la ni... So Wani pun try... Tengok jam 11.30 mlm.. Fikir-fikir macam sempat je nak buat... En Suami kata tak payah buat.. Sebab nanti penat nak mengemas dapur... Wani kata tak apa... Larat lagi ni.. Buat punya buat... leka sampai ke jam 1.30 pagi... Haa.. Nasib baik En Suami pun belum tidur.. .Berani la sikit nak duduk dapur sorang-sorang... Hehe....
Betul kek ni memang sedap... Tapi Wani perlu tambah sukatan air tu... Sebab kurang rasa... Gebu dan tak manis sangat... Secukup rasa kata orang... Dan kalau tambah perasa atau filling pun mungkin sedap kan... Meh kita tengok resipi... Kak Ita, Wani minta izin c&p pulak kat sini ye... Untuk rujukan time nak buat lagi lepas ni... Boleh hidang kat tetamu yang nak bertandang...
Bahan-bahan (Loyang 4 segi 9")
5 biji telur
220 gram gula
150 gram tepung gandum
150 gram tepung kek
1/2 sudu besar ovalette
180 ml 7 Up / Ice Cream Soda
2 sudu besar susu pekat
pewarna merah, biru, hijau
Cara-cara
Pukul telur dengan gula hingga kembang
Masukkan ovalette dan pukul lagi
Masukkan tepung di selang seli dengan air 7 Up / Ice Cream Soda tadi.
Kemudian masukkan susu pekat dan kacau sebati
Bahgikan adunan kepada 3 bahagian untuk dibubuh pewarna.
Kukus selapis demi selapis. Setiap lapis lebih kurang 7 minit.
*Untuk elak air kukusan menitik atas permukaan kek, tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup pengukus dengan kain.