Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Friday, June 15, 2012

Salam Jumaat...

Macam mana nak mula? Dah lama tak menulis di blog ni, terus lah terlupa... Macam-macam hal berlaku... Sekarang dah pun masuk bulan Jun. Lagi satu bulan dah nak puasa, lepas tu raya pulak. Entahlah Ewa dapat puasa ke tidak. Berbadan dua kata orang.. Hehe.. 

Sekarang Ewa dah tukar tempat kerja. Tapi masih di Kementerian yang sama. Cuma lebih dekat dengan rumah, dan dapat jimat banyak. Dari rumah ke tempat kerja ambil masa 20 minit je. Tanpa tol. Jem sikit je pagi-pagi. Yang paling seronok, hari Jumaat macam hari ni, boleh balik makan kat rumah. Mama dah siap masak. Hehe.. Teruk kan Ewa ni. Semua dah sedia je.

Ayah pun dah banyak kali pergi medical check-up. Dari sakit mata, jatuh ke darah tinggi. Dan serangan jantung berulang lagi. Tapi alhamdulillah, so far so good. Cuma kena jaga diet ayah. Dan tolonglah jangan ada yang seronok sangat nak mengadu apa-apa hal kat ayah. Nanti ayah susah hati lagi. Semalam pergi check-up mata lagi. Mama cakap hujung bulan ni admit lagi. Tahun lepas pun sebelum puasa ayah admit. Tahun ni admit lagi. Ewa doakan semuanya berjalan lancar je ye ayah. Dan tolonglah ikut diet dan pantang yang sepatutnya. Hmm...

Mama, macam biasa. Alhamdulillah, tak pernah terkena apa-apa penyakit. Kuat betul antibodi Mama. Kuat betul semangat Mama. Macam mana Ewa nak jadi macam Mama? Ewa asyik penat je. Kandungan Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah. Cuma Ewa kena diet sebab ada kencing manis pulak dah. Tak pernah terfikir pulak Ewa akan terkena penyakit ni. Hehe.. Tulah.. Suka sangat makan makanan manis. Kan dah ada masalah. Lepas tu, dapat tau kumpulan darah Ewa B negative pulak. Berlainan dengan En Suami, B positive. So, nanti kena ambil injection. Takut jugak sebenarnya. Tapi untuk kebaikan baby, Mummy sanggup buat ape je sayang. Hehe... Rabu lepas, pergi scan. Alhamdulillah, semua baik je. Uri, tulang belakang, tangan kaki.. Alhamdulillah... Mummy doa, baby sentiasa sihat dalam rahim mummy... :-)

Sekarang pun Ewa sibuk tolong En Suami menjual baju kanak-kanak brand kartun Boboiboy. Dan kain-kain ela yang En Suami order dari Jakarta. InsyaAllah, doakan usaha kami ni membuahkan hasil ye. Sampai jumpa lagi...