Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 12, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak

Selamat berpuasa...Tak lama lagi nak beraya pulak. Tak sabar-sabar nak tunggu. Ceh, macam la cukup je puasanya. Setakat hari ni, Eve baru ada 2 pasang baju kurung, 1 helai jeans dan 1 baby T. nak beli lagi satu baju kurung atau baju kebaya, 1 pasang kasut dan accesories. Duit gaji utk bulan ni dah masuk awal. Kalau tak jimat, ikat perut lah nak tunggu sampai hujung bulan 10. Huh.

Untuk mama ayah, hadiah dah sedia. Cuma nak pergi beli wrapping paper. 1st raya baru bagi. Tak de duit raya mama ayah. Tapi mama ayah yang kena bagi duit raya kat Eve tau. Untuk yang tersayang, Eve ingat nak hadiahkan baju melayu. Tapi you cakap tak nak pulak sebab dah ada. Eve tak tau nak belikan apa, so you yang kena bagi Eve 'raya present', paling kurang pun duit raya tau. And raya tahun ni kena datang raya kat rumah I, Sampai hari ni, tak pernah pun you nak datang berbuka sama dengan my parents tau. I takut diorang kecik hati jer. Dan kalau rajin datang la raya kat rumah kampung I kat Negeri Sembilan tu.

Lepas raya nak kena kumpul duit balik. Banyak nak guna. Bilik nak renovate. Kereta nak make up. Kalau buat sebelum raya ni, alamat Eve takkan beraya sakanlah. Ni pun Eve baru balik dari Sunway Pyramid. Balik ikut Shah Alam. Depan PKNS macam ada karnival. Jalan jem, kereta parking bersimpang-siur. Nak marah pun tak boleh. Dah adat. Nak dekat raya ni semua orang keluar membeli-belah. Termasuk Eve. Lebih-lebih lagi dah tinggal seminggu nak raya. Minggu depan semua orang dah sibuk nak balik kampung. Ni lagi satu hal, jalan mesti jem. Termasuklah highway. Mama ayah tak suka sebab nanti penat drive. Tapi Eve suka sebab barulah dapat rasa suasana raya.

Sampai hari ni Eve masih belum berjaya nak berbuka dengan kawan-kawan Eve. Semua busy. Tapi mungkin dalam minggu depan Eve akan ajak kawan baik Eve, Diana dan Jawahir keluar sama-sama. Just my sweet and lovely best friend. Kalau diorang tu tak busy lah. Dan tak sabar nak jumpa anak Diana, Farrel. Dah makin bulat si comel sorang tu. Lynn dengan yang lain-lain busy. Tak confirm apa-apa pun lagi. Tapi kalau ada peluang kita jumpa. Ok? So, stay tune.



No comments:

Post a Comment