Assalamualaikum... Dah petang-petang macam ni baru Wani dapat sedikit masa untuk update entry ni... Ada banyak lauk dan kek yang dah Wani buat tapi tak menyempat-nyempat nak update dalam blog kesayangan ni... Bukanla Wani nak cakap Wani tak cukup masa... Semua orang dapat 24 jam 1 hari kan... Tapi Wani kena dahulukan perkara-perkara penting... Nak pergi klinik untuk check up pun belum sempat lagi...
Eh merepek dah ni... Malam tadi balik kerja memang Wani penat... Tapi kesian kat En Suami balik kerja nak minum... En Suami pulak baik hati kata tak perlu buat kuih atau apa-apa pun... Nak milo ais je rupanya... Dah siap milo ais Wani tengok dalam periuk... Mama Wani masak Gulai Telur campur Ubi Kentang, dan Ayam Goreng... Saya pulak sempat jalan-jalan ke dapur Kak Nor dan berkenan dengan resipi yang paling simple ni... Bahan-bahan memang ada dirumah dan cara-caranya pun mudah... Kak Nor, Wani mint izin letak kat sini pulak ye... Terima kasih... Rasanya memang juicy... En Suami pun sedap je meratah.. Dia kata lain kali boleh buat lagi... Yang sedap tu Wani ada campur daging ayam cincang macam yang Kak Nor buat... Meh tengok resipi... Tak perlu la Wani ajak kawan-kawan buat... Wani tau ramai yang dah biasa buat menu ni... Wani je yang baru terhegeh-hegeh kan... Hehe...
Yang ni masih dalam bekas...
TELUR KUKUS SRI RAMPAI
Bahan-bahan ;
3 biji telur
1 biji bawang merah - potong dadu
1 biji cili merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 tangkai daun bawang - dihiris
sedikit daging ayam cincang
sedikit garam
sedikit minyak masak
Cara-cara ;
1. Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga
sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang disukai yang telah disapu dengan minyak masak.
Kukus dalam pengukus yang dah dipanaskan selama 10 minit.
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.
No comments:
Post a Comment