Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, February 18, 2013

Lelaki bawa handbag wanita...

Alhamdulillah.. Saya berterima kasih pada-Mu ya Allah.. Kerana di berikan kesempatan untuk menghirup udara di bumi-Mu ini.

Pagi ni dalam perjalan ke office, sambil drive saya mendengar radio. ERA.fm share topic menarik.. Lelaki bawa handbag wanita. Maksudnya handbag girlfriend atau isteri. Ada yang tak kisah, ada jugak yang tak berkenan. Yelah, nama pun lelaki, kenapa nak bawak handbag wanita. Kalau nak letak barang2 sendiri, maklumlah, lelaki sekarang ada yang punya  lebih dari satu handphone, bawalah bag anda sendiri.

Ini pendapat saya sendiri.. Tak kisahlah kalau ada yang tak sama pendirian dengan saya pun.. Nowadays dah banyak jual beg2 untuk lelaki.. Macam-macam fesyen dan warna ada. Nak yang brand mahal lagi lah banyak. Lelaki tentulah mampu kan. Yang isteri / girlfriend ni pun, kenapa tak nak bawa handbag sendiri? Kalau malas sangat nak pegang, bawak ic, duit dan hp tu letak dalam poket. Kan senang. Dan tak perlu la keluar duit nak beli handbag cantik-cantik kat kedai tu kan.

Bayangkan, suami / boyfriend pegang handbag kita. Kita pulak letak hp dan semua barang-barang dalam handbag tu. Lepas tu dalam sesak2 ramai orang, kita tak nampak suami / boyfriend kita pergi mana. Nak call, handphone dalam handbag. Nak balik, kunci kereta ke, duit ke ic ke semua dalam handbag. Macam mana?

Handbag tu accessory. Dan jugak kemudahan bagi kita wanita nak bawak setiap keperluan. Make up ke pisau ke termasuklah pepper spray. In case ada apa-apa tak diingini, boleh kita pertahankan diri. Yang lelaki pulak tak perlulah nak tunjuk baik. Tak kena tempat tak kena cara. Janganlah kononnya nak tunjuk pada semua orang awak tu caring. Caringlah sangat.

Satu rahsia saya bagitau. Wanita ni lemah. Kalau wanita baik, dia akan betul-betul baik. Tapi kalau dia jadi jahat, dia akan jahat sangat dan pijak kepala. Kalau handbag pun dah suruh lelaki bawakan, nanti entah kerja rumah pun suruh suami buat.

Wanita pun, berdikarilah. Jangan mengharapkan lelaki untuk buat segalanya untuk kita. Belum tentu lelaki mampu buat semua perkara untuk kita dan belum tentu ikhlas. Ada buruk dan baik kalau kita terlalu berharap pada orang lain. Kalau kita dah terbiasa dengan bantuan, kita dah tak mampu nak uruskan diri kita sendiri. Dan sekiranya kita tinggal seorang diri, tak ada siapa pun boleh bantu kita kecuali diri kita sendiri.

Lelaki pulak, time bercinta memanglah konon nak tunjuk macho. Bawakan handbag isteri / girlfriend kononya. Awal-awal bolehlah. Nanti lama-lama, dengan isteri, dengan handbag dengan anak-anak sekali tubggal kat belakang. By that time, macho lagi ke?

Ini pendapat dan pandangan saya sahaja. Tak perlu nak emosi bila baca ye. Semua orang ada prinsip masing-masing. Be happy!


No comments:

Post a Comment