Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 9, 2011

Roxy Cake






Assalamualaikum.... Penat betul hari ni... Bangun pagi tadi lepas kemas-kemas rumah terus buat kek ni... Teringin pulak nak rasa... Dah banyak kali tengok kat dapur Kak Ita Masam Manis.. Memang sedap... Tapi ada sikit bahan yang Wani derhaka... Minta maaf la banyak-banyak ye tuan punya resepi.. Sebab Wani ikut bahan ape yang ada kat dapur tu je... Nak ke kedai memang tak la kan... Jauh nak kena drive bagai... Kalau pergi jugak memang tak siaplah kek ni jawabnya... Nak kena masak pulak untuk tengahari lagi kan.. Wani kalau keluar pergi kedai jual bahan-bahan buat kek, memang lama la jawabnya... Memang leka... Hehe...



Wani lambat upload entry kali ni... Lepas makan tengahari tadi rehat sekejap... Tiba-tiba En Suami ajak ke Fitness First... Rupanya kawan dia pun ada kat sana... Wani pun ikut je lah... Bila kira-kira balik, memang dah tujuh bulan jugak Wani tak pergi Fitness First.. Since lepas kahwin la kan... Sibuk sangat nak belajar masaklah apelah... Bayar je tiap-tiap bulan... Tapi tak pergi... Since hari ni dah start, memang lepas ni akan selalu lah Wani pergi... Dah rindu jugak nak masuk semua kelas-kelas yang ada tu...


Eh.... Ape mengarut ni... Balik kat Kek Roxy ni semula.. Kek ni memang sedap... Memang untung lah Wani ikut cakap Kat Ita.. Menyesal kalau tak buat... Sedap sangat... Flavour tu bercampur... Colour pun menarik.. Gebu.. En Suami pun suka makan.. Seronok betul Wani... Bawaklah sikit ke rumah MIL... Adik-adik ipar pun suka tengok warna yang colourful tu.. Lagi-lagi yang bongsu... Takpelah... Kalau suka makan, Kak Wani lagi suka nak buat... Jom kita tengok resipi... Rasanya memang ramai dah buat kek ni... Macam biasalah... Wani memang terhegeh-hegeh hal masak memasak ni... Hehe...



Roxy Cake


Bahan-bahan;



  1. 330 gm tepung gandum

  2. 240 gm gula halus

  3. 600 gm putih telur

  4. 60 ml susu cair

  5. 150 gm mentega cair - wani ikut Kak Ita tukar kepada minyak Mazola

  6. 1 sudu besar ovalette

  7. Sedikit pewarna merah jambu, oren dan biru - wani tukar oren kepada kuning

  8. Sedikit perasa strawberry, oren dan lemon - wani tukar lemon kepada peach

  9. Secubit garam







Cara-cara;


Pukul telur, tepung gandum, gula, ovalette dan susu cair sehingga kembang


Masukkan mentega cair dan kacau rata dengan spatula


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diletakkan perisa dan warna


Oren untuk perisa oren, merah jambu untuk strawberry dan biru untuk lemon


Griskan loyang dengan butter. Panaskan kukusan


Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli


Wani tuang 3 sudu warna biru ditengah-tengah loyang, kemudian 3 sudu warna kuning betul-


betul di atas dan di tengah-tengah warna biru, diikuti warna merah jambu di atas dan betul-


betul di tengah-tengah warna kuning.


Buat sehingga 3/4 adunan dan kemudian dengan yang sama juga tetapi kurangkan kepada 2


sudu pula dan akhir sekali 1 sudu.


Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga masak.




p/s ; Wani buat setengah adunan sahaja... Nak dapatkan 300 gm putih telur tu Wani gunakan


10 biji telur jadi bayangkanlah nak dapatkan 600 gm putih telur pulak...









No comments:

Post a Comment