Salam semua...
Dah lewat malam baru dapat update blog ni... Macam-macam kerja kena buat... Hari Isnin boleh Ewa katakan hari malas berkerja... Dah sedap berehat-rehat, berguling-guling di rumah... Memang mood nak kerja tu hilang terbang melayang... Macam mana la nak cari mood tu balik...
Ewa ni pulak memang dalam kategori lembap... Buat kerja memang agak perlahan... Dari makan sampai bersiap... Kadang, En Suami sampai bunyikan hon kereta... Bila kita minta maaf sebab lambat, dia kata "Tak apa... Saja buat awak kelam kabut.." Boleh?? Tapi Ewa senyumkan jelah.. Hehe... Jadi daripada kategori lembap tu, termasuklah bab memasak ni... Orang lain dah sampai ke bulan, Ewa baru terkial-kial packing barang kot.. Hehe...
Semalam Ewa buat Puding Black Forest ni...Resipi copy paste dari Kak Ita Masam Manis.. Kak Ita ni buat puding ke, jelly ke, kuih ke... lauk pauk ke... Ape pun semuanya menjadi... Boleh kata Kak Ita ni my mentor la... Idola Ewa... Ewa tak pernah jumpa pun Kak Ita yang comel tu.. Tapi dari FB dan Bloging, Kak Ita memang sangat talented!! Macam mana nak ikut jadi macam Kak Ita ye... Kak Ita, Ewa minta izin copy paste resipi kat sini ye... Senang nak refer next time... Ayah, Mama dengan En Suami pun berselera menikmati puding ni... Balik kerja tadi terus hidang pada semua... Seronok bila apa yang kita buat ni, orang suka dan makan sampai habis kan... Lain kali rajinlah nak buat lagi...
Puding Black Forest
Bahan A
1 sudu makan serbuk koko
1 biji kuning telur
Koko dibancuh dengan sedikit air suam.
Telur dipukul.
Campurkan kedua-dua bahan diatas dan kacau rata.
Bahan B
satu peket serbuk agar-agar - anggaran 12 - 14 gm
150 gm gula pasir
1/2 sudu teh esen vanilla
600 ml susu coklat
300 ml air
50 gm coklat masakan
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga larut
Tuangkan susu coklat dan masak hingga didih
Tambahkan coklat masakan yang telah dicincang, kacau rata
Ambil sedikit adunan agar-agar dan campurkan dalam telur, kacau rata
Tuang kembali ke dalam agar-agar sambil dikacau
Masak kembali hingga didih
Tambahkan esen dan tapis
Tuangkan ke dalam acuan kegemaran
Biar hingga sejuk
Simpan dalam peti ais supaya sejuk
Boleh dihidangkan begitu sahaja atau dengan buah-buahan koktel.
No comments:
Post a Comment