Tuesday, July 19, 2011
Cekodok...
Saturday, July 16, 2011
Bubur jagung dan Biji Sagu
Yang pertama...
Hye... Kenapa pulak post kali ni Wani letak tajuk Yang pertama... tapi bukan Kari Daging macam gambar ni... Sebab ni lah kari daging yang pertama Wani pernah masak seumur 27 tahun hidup ni... Tau.. Mesti ada yang nak cakap teruk betul perempuan ni... Dah 27 tahun tapi baru ni kali pertama masak kari daging... Wani ni beruntung sikit... Wani dilahirkan sebagai anak tunggal... Bukan tunggul ye... Mama pulak suri rumah sepenuh masa... Jadi semua kerja rumah yang ada kat rumah ni... Awal-awal lagi Mama Wani dah siapkan... Paling Wani kena buat pun cuma kemas bilik dan sapu sampah... Bila dah besar sikit... Mama cuma suruh tolong masak nasi.. Lepas tu kena study.. Study study study... Tu je yang Wani kena buat... Sampai masuk Kolej semua Mama dah siapkan... Sejak kahwin ni Mama dan Ayah baru perasan talent Wani kat bidang masak... Ececeh... Perasan... Tapi syukur Alhamdulillah... Wani ada Mama yang boleh mengajar mana yang Wani tak tau... Dah En Suami yang sentiasa memberi kritikan membina sambil menyokong... Sokong macam mana? Dengan bagi perabih semua lauk yang Wani masak... Bila dah siap makan baru dia akan cakap - Sedap... Uuntung kahwin dengan Pn Iwani... Kenyang sentiasa... Hehe.. Pn Iwani pun apa lagi... Kembang sedapur la... Tapi control... Tak boleh tunjuk... Nanti dia tak puji lagi... Hehe...
Dulu Wani takut jugak kahwin... Sebab Wani tak pandai masak... Tak tau macam mana nak bagi En Suami makan... Lebih-lebih lagi En Suami tergolong sebagai seorang yang agak cerewet... Wani tak ada adik-beradik... Tak tau macam mana nak jaga anak... Hidup Wani dengan Mama Ayah je... Tak tau macam mana nak berdepan dengan Mak Mertua dan ipar duai... Tapi Alhamdulillah... Setakat ni semua berjalan lancar... Wani hargai semua yang Wani dapat ni... Dan Wani bersyukur ke hadrat Illahi... Dengan segala yang Wani punyai di dunia ini...
Eh nape emosional pulak petang-petang ni... Whatever... Hari ni Wani tak keluar pun... En Suami nak duduk depan TV je tunggu football match... Wani pun boleh ambil peluang ni kemas apa yang patut... Siapa-siapa yang plan nak keluar hari ni Wani ingatkan berhati-hati memandu, naik bas, teksi atau apa je pun... Selamat berhujung minggu... Tentang kari daging pertama dalam hidup Wani ni tak dapat Wani nak bagi resipi... Sebab Wani main campak-campak je ikut yang teringat macam mana Mama Wani pernah buat dulu...
Friday, July 15, 2011
Kek 7 Up / Ice Cream Soda
Betul kek ni memang sedap... Tapi Wani perlu tambah sukatan air tu... Sebab kurang rasa... Gebu dan tak manis sangat... Secukup rasa kata orang... Dan kalau tambah perasa atau filling pun mungkin sedap kan... Meh kita tengok resipi... Kak Ita, Wani minta izin c&p pulak kat sini ye... Untuk rujukan time nak buat lagi lepas ni... Boleh hidang kat tetamu yang nak bertandang...
5 biji telur
220 gram gula
150 gram tepung gandum
150 gram tepung kek
1/2 sudu besar ovalette
180 ml 7 Up / Ice Cream Soda
2 sudu besar susu pekat
pewarna merah, biru, hijau
Cara-cara
Thursday, July 14, 2011
Macam-macam ada...
Lupakan kisah yang dah lepas... Malam tu sebelum sampai ke rumah, saya singgah ke pasar malam... Beli ais krim yang kami berdua suka sangat tu... Aiskrim tu memang dari zaman sekolah saya suka... Dulu RM1.00 je sekarang dah RM1.70 tau... Takpelah... Asalkan sedap... Uncle dengan Aunty yang jual tu pun nampak masih sihat... Sebenarnya saya nak belikan laksa je untuk En Suami.. Rasa tak larat betul nak masak... Dah pukul 8.00 malam... Tapi makcik tu tak berniaga pulak malam tu... Saya pulak yang memang hantu ayam goreng nampak pulak kat gerai sebelah... Belilah... Ape lagi kan... Balik rumah nak tak nak saya masaklah jugak... Saya goreng sayur campur (tak berapa nak campur pun) ikut ape yang ada kat dalam freezer tu je lah kan... Carrot dengan kacang buncis pun jadilah... Di goreng je...
Ni lah ayam goreng yang saya beli tu.. Tambah sikit dengan sosej, crab ball dengan prawn ball... Hentam je lah ye... Macam mana nak kurus ni... Berangan je lah Puan Iwani!!!
Ni kari ayam campur kentang.. Letak sebiji cili merah tapi tak nampak pulak kan.... Kenapa warna kari jadi macam ni ye... Dah penat sangat sampai tak boleh fikir dah ni.. Pape je lah... Asalkan sedap... Dah habis dah pun...
Sunday, July 10, 2011
Ikan Masak Lemak Cili Api Dan Sayur Tumis Air
Saturday, July 9, 2011
Roxy Cake
Wani lambat upload entry kali ni... Lepas makan tengahari tadi rehat sekejap... Tiba-tiba En Suami ajak ke Fitness First... Rupanya kawan dia pun ada kat sana... Wani pun ikut je lah... Bila kira-kira balik, memang dah tujuh bulan jugak Wani tak pergi Fitness First.. Since lepas kahwin la kan... Sibuk sangat nak belajar masaklah apelah... Bayar je tiap-tiap bulan... Tapi tak pergi... Since hari ni dah start, memang lepas ni akan selalu lah Wani pergi... Dah rindu jugak nak masuk semua kelas-kelas yang ada tu...
Eh.... Ape mengarut ni... Balik kat Kek Roxy ni semula.. Kek ni memang sedap... Memang untung lah Wani ikut cakap Kat Ita.. Menyesal kalau tak buat... Sedap sangat... Flavour tu bercampur... Colour pun menarik.. Gebu.. En Suami pun suka makan.. Seronok betul Wani... Bawaklah sikit ke rumah MIL... Adik-adik ipar pun suka tengok warna yang colourful tu.. Lagi-lagi yang bongsu... Takpelah... Kalau suka makan, Kak Wani lagi suka nak buat... Jom kita tengok resipi... Rasanya memang ramai dah buat kek ni... Macam biasalah... Wani memang terhegeh-hegeh hal masak memasak ni... Hehe...
Roxy Cake
Bahan-bahan;
- 330 gm tepung gandum
- 240 gm gula halus
- 600 gm putih telur
- 60 ml susu cair
- 150 gm mentega cair - wani ikut Kak Ita tukar kepada minyak Mazola
- 1 sudu besar ovalette
- Sedikit pewarna merah jambu, oren dan biru - wani tukar oren kepada kuning
- Sedikit perasa strawberry, oren dan lemon - wani tukar lemon kepada peach
- Secubit garam

Cara-cara;
Pukul telur, tepung gandum, gula, ovalette dan susu cair sehingga kembang
Masukkan mentega cair dan kacau rata dengan spatula
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diletakkan perisa dan warna
Oren untuk perisa oren, merah jambu untuk strawberry dan biru untuk lemon
Griskan loyang dengan butter. Panaskan kukusan
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli
Wani tuang 3 sudu warna biru ditengah-tengah loyang, kemudian 3 sudu warna kuning betul-
betul di atas dan di tengah-tengah warna biru, diikuti warna merah jambu di atas dan betul-
betul di tengah-tengah warna kuning.
Buat sehingga 3/4 adunan dan kemudian dengan yang sama juga tetapi kurangkan kepada 2
sudu pula dan akhir sekali 1 sudu.
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga masak.
p/s ; Wani buat setengah adunan sahaja... Nak dapatkan 300 gm putih telur tu Wani gunakan
10 biji telur jadi bayangkanlah nak dapatkan 600 gm putih telur pulak...
Wednesday, July 6, 2011
Telur Kukus Sri Rampai
Assalamualaikum... Dah petang-petang macam ni baru Wani dapat sedikit masa untuk update entry ni... Ada banyak lauk dan kek yang dah Wani buat tapi tak menyempat-nyempat nak update dalam blog kesayangan ni... Bukanla Wani nak cakap Wani tak cukup masa... Semua orang dapat 24 jam 1 hari kan... Tapi Wani kena dahulukan perkara-perkara penting... Nak pergi klinik untuk check up pun belum sempat lagi...
Eh merepek dah ni... Malam tadi balik kerja memang Wani penat... Tapi kesian kat En Suami balik kerja nak minum... En Suami pulak baik hati kata tak perlu buat kuih atau apa-apa pun... Nak milo ais je rupanya... Dah siap milo ais Wani tengok dalam periuk... Mama Wani masak Gulai Telur campur Ubi Kentang, dan Ayam Goreng... Saya pulak sempat jalan-jalan ke dapur Kak Nor dan berkenan dengan resipi yang paling simple ni... Bahan-bahan memang ada dirumah dan cara-caranya pun mudah... Kak Nor, Wani mint izin letak kat sini pulak ye... Terima kasih... Rasanya memang juicy... En Suami pun sedap je meratah.. Dia kata lain kali boleh buat lagi... Yang sedap tu Wani ada campur daging ayam cincang macam yang Kak Nor buat... Meh tengok resipi... Tak perlu la Wani ajak kawan-kawan buat... Wani tau ramai yang dah biasa buat menu ni... Wani je yang baru terhegeh-hegeh kan... Hehe...
TELUR KUKUS SRI RAMPAI
Bahan-bahan ;
3 biji telur
1 biji bawang merah - potong dadu
1 biji cili merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 tangkai daun bawang - dihiris
sedikit daging ayam cincang
sedikit garam
sedikit minyak masak
Cara-cara ;
1. Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga
sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang disukai yang telah disapu dengan minyak masak.
Kukus dalam pengukus yang dah dipanaskan selama 10 minit.
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.
Beef Burger
Kelmarin Wani jalan-jalan ke TESCO dengan mama dan ayah... Teringat kat rumah masih ada daging burger... Sayang pulak kalau biar lama-lama nanti busuk macam tu je... Bila nampak roti burger yang dah siap ni kat bahagian roti, Wani pun ape lagi... ambil je la... Tapi kalau perasan, Burger yang Wani buat ni tak sempurna... Tak ada sayur... Wani ingat kat rumah ada lagi stok timun dengan tomato.. Rupa-rupanya Mama Wani dah masak hari tu... Jadilah burger Wani tak bersayur...
Lupa nak bagitau... Ada nampak tak setangkat jambu span tu... Haaa..... Dalamnya ada sumi.... Mama dengan Ayah Wani buat kraftangan untuk cenderahati time majlis sanding wani... Lepas tu pak cik Wani order pulak untuk majlis sanding anak buah sebelah isterinya... Then sepupu lagi sorang nak jugak buat cenderahati masa majlis pertunangannya... Maknanya... Kalau ada sesiapa yang nak order boleh lah kan... Harga kena bincang dengan Mama Wani kemudian...
Enough to say.... :-)