Monday, November 25, 2013
Love of my life
Monday, February 18, 2013
Lelaki bawa handbag wanita...
Pagi ni dalam perjalan ke office, sambil drive saya mendengar radio. ERA.fm share topic menarik.. Lelaki bawa handbag wanita. Maksudnya handbag girlfriend atau isteri. Ada yang tak kisah, ada jugak yang tak berkenan. Yelah, nama pun lelaki, kenapa nak bawak handbag wanita. Kalau nak letak barang2 sendiri, maklumlah, lelaki sekarang ada yang punya lebih dari satu handphone, bawalah bag anda sendiri.
Ini pendapat saya sendiri.. Tak kisahlah kalau ada yang tak sama pendirian dengan saya pun.. Nowadays dah banyak jual beg2 untuk lelaki.. Macam-macam fesyen dan warna ada. Nak yang brand mahal lagi lah banyak. Lelaki tentulah mampu kan. Yang isteri / girlfriend ni pun, kenapa tak nak bawa handbag sendiri? Kalau malas sangat nak pegang, bawak ic, duit dan hp tu letak dalam poket. Kan senang. Dan tak perlu la keluar duit nak beli handbag cantik-cantik kat kedai tu kan.
Bayangkan, suami / boyfriend pegang handbag kita. Kita pulak letak hp dan semua barang-barang dalam handbag tu. Lepas tu dalam sesak2 ramai orang, kita tak nampak suami / boyfriend kita pergi mana. Nak call, handphone dalam handbag. Nak balik, kunci kereta ke, duit ke ic ke semua dalam handbag. Macam mana?
Handbag tu accessory. Dan jugak kemudahan bagi kita wanita nak bawak setiap keperluan. Make up ke pisau ke termasuklah pepper spray. In case ada apa-apa tak diingini, boleh kita pertahankan diri. Yang lelaki pulak tak perlulah nak tunjuk baik. Tak kena tempat tak kena cara. Janganlah kononnya nak tunjuk pada semua orang awak tu caring. Caringlah sangat.
Satu rahsia saya bagitau. Wanita ni lemah. Kalau wanita baik, dia akan betul-betul baik. Tapi kalau dia jadi jahat, dia akan jahat sangat dan pijak kepala. Kalau handbag pun dah suruh lelaki bawakan, nanti entah kerja rumah pun suruh suami buat.
Wanita pun, berdikarilah. Jangan mengharapkan lelaki untuk buat segalanya untuk kita. Belum tentu lelaki mampu buat semua perkara untuk kita dan belum tentu ikhlas. Ada buruk dan baik kalau kita terlalu berharap pada orang lain. Kalau kita dah terbiasa dengan bantuan, kita dah tak mampu nak uruskan diri kita sendiri. Dan sekiranya kita tinggal seorang diri, tak ada siapa pun boleh bantu kita kecuali diri kita sendiri.
Lelaki pulak, time bercinta memanglah konon nak tunjuk macho. Bawakan handbag isteri / girlfriend kononya. Awal-awal bolehlah. Nanti lama-lama, dengan isteri, dengan handbag dengan anak-anak sekali tubggal kat belakang. By that time, macho lagi ke?
Ini pendapat dan pandangan saya sahaja. Tak perlu nak emosi bila baca ye. Semua orang ada prinsip masing-masing. Be happy!
Friday, June 15, 2012
Salam Jumaat...
Thursday, October 27, 2011
Chocolate Oreo Pudding
*Ini Ewa ikut cara Kak Ita ye...
Tuesday, October 25, 2011
Black Beauty Chocolate Cake
Selamat pagi semua.... Eceh... macam lah ada orang yang baca ape yang Ewa type ni kan... Malam tadi Ewa terlebih rajin... Ada masa sikit lepas iron bju, so buatlah kek ni... Hitam hitam si tampuk manggis... Sungguhpun hitam dipandang manis... Hehehe.. Tapi rasa kek ni tak manis sangat tau... Sedap... Moist kat dalamnya... Memang tak jemu... Lepas satu, satu lagi masuk dalam mulut... Haih! Petang ni kena pergi gymm la nampaknya... Entah berapa kilo lah dah naik ni...
Monday, October 24, 2011
Popia Goreng

Tuesday, October 11, 2011
Puding Black Forest
Friday, October 7, 2011
Agar-agar Oren
5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
4 biji oren sunkist
Air secukupnya
1 1/2 camca besar bes minuman oren sunquick
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci oren tadi, lap kering dan belah 2 setiap biji, kemudian berhati-hati, korek keluar isi oren menggunakan sudu, tapi kena xtra care jangan sampai kulit oren koyak. Kemudian isi2 oren tadi diperah untuk mendapatkan jusnya.
Jus tadi dicampur dengan bes minuman sunquick, kacau rata dan tambah air secukupnya hingga mendapat sukatan 500 ml. Ketepikan.
Satukan serbuk agar2, gula dan no.2, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kemudian biar hingga suam. Berhati2 tuang dalam kulit oren tadi, pastikan kulit oren diletakkan dalam bekas untuk mengelakkan ia bergolek, mat letak atas sarung telur yang kertas tu. Tuang hingga penuh, dan biarkan hingga hilang wap panas.
Simpan dalam peti sejuk hingga dingin, potong guna pisau tajam mengikut bentuk potongan oren. Boleh hidangkan..
Tuesday, July 19, 2011
Cekodok...
Saturday, July 16, 2011
Bubur jagung dan Biji Sagu
Yang pertama...
Hye... Kenapa pulak post kali ni Wani letak tajuk Yang pertama... tapi bukan Kari Daging macam gambar ni... Sebab ni lah kari daging yang pertama Wani pernah masak seumur 27 tahun hidup ni... Tau.. Mesti ada yang nak cakap teruk betul perempuan ni... Dah 27 tahun tapi baru ni kali pertama masak kari daging... Wani ni beruntung sikit... Wani dilahirkan sebagai anak tunggal... Bukan tunggul ye... Mama pulak suri rumah sepenuh masa... Jadi semua kerja rumah yang ada kat rumah ni... Awal-awal lagi Mama Wani dah siapkan... Paling Wani kena buat pun cuma kemas bilik dan sapu sampah... Bila dah besar sikit... Mama cuma suruh tolong masak nasi.. Lepas tu kena study.. Study study study... Tu je yang Wani kena buat... Sampai masuk Kolej semua Mama dah siapkan... Sejak kahwin ni Mama dan Ayah baru perasan talent Wani kat bidang masak... Ececeh... Perasan... Tapi syukur Alhamdulillah... Wani ada Mama yang boleh mengajar mana yang Wani tak tau... Dah En Suami yang sentiasa memberi kritikan membina sambil menyokong... Sokong macam mana? Dengan bagi perabih semua lauk yang Wani masak... Bila dah siap makan baru dia akan cakap - Sedap... Uuntung kahwin dengan Pn Iwani... Kenyang sentiasa... Hehe.. Pn Iwani pun apa lagi... Kembang sedapur la... Tapi control... Tak boleh tunjuk... Nanti dia tak puji lagi... Hehe...
Dulu Wani takut jugak kahwin... Sebab Wani tak pandai masak... Tak tau macam mana nak bagi En Suami makan... Lebih-lebih lagi En Suami tergolong sebagai seorang yang agak cerewet... Wani tak ada adik-beradik... Tak tau macam mana nak jaga anak... Hidup Wani dengan Mama Ayah je... Tak tau macam mana nak berdepan dengan Mak Mertua dan ipar duai... Tapi Alhamdulillah... Setakat ni semua berjalan lancar... Wani hargai semua yang Wani dapat ni... Dan Wani bersyukur ke hadrat Illahi... Dengan segala yang Wani punyai di dunia ini...
Eh nape emosional pulak petang-petang ni... Whatever... Hari ni Wani tak keluar pun... En Suami nak duduk depan TV je tunggu football match... Wani pun boleh ambil peluang ni kemas apa yang patut... Siapa-siapa yang plan nak keluar hari ni Wani ingatkan berhati-hati memandu, naik bas, teksi atau apa je pun... Selamat berhujung minggu... Tentang kari daging pertama dalam hidup Wani ni tak dapat Wani nak bagi resipi... Sebab Wani main campak-campak je ikut yang teringat macam mana Mama Wani pernah buat dulu...
Friday, July 15, 2011
Kek 7 Up / Ice Cream Soda
Betul kek ni memang sedap... Tapi Wani perlu tambah sukatan air tu... Sebab kurang rasa... Gebu dan tak manis sangat... Secukup rasa kata orang... Dan kalau tambah perasa atau filling pun mungkin sedap kan... Meh kita tengok resipi... Kak Ita, Wani minta izin c&p pulak kat sini ye... Untuk rujukan time nak buat lagi lepas ni... Boleh hidang kat tetamu yang nak bertandang...
5 biji telur
220 gram gula
150 gram tepung gandum
150 gram tepung kek
1/2 sudu besar ovalette
180 ml 7 Up / Ice Cream Soda
2 sudu besar susu pekat
pewarna merah, biru, hijau
Cara-cara
Thursday, July 14, 2011
Macam-macam ada...
Lupakan kisah yang dah lepas... Malam tu sebelum sampai ke rumah, saya singgah ke pasar malam... Beli ais krim yang kami berdua suka sangat tu... Aiskrim tu memang dari zaman sekolah saya suka... Dulu RM1.00 je sekarang dah RM1.70 tau... Takpelah... Asalkan sedap... Uncle dengan Aunty yang jual tu pun nampak masih sihat... Sebenarnya saya nak belikan laksa je untuk En Suami.. Rasa tak larat betul nak masak... Dah pukul 8.00 malam... Tapi makcik tu tak berniaga pulak malam tu... Saya pulak yang memang hantu ayam goreng nampak pulak kat gerai sebelah... Belilah... Ape lagi kan... Balik rumah nak tak nak saya masaklah jugak... Saya goreng sayur campur (tak berapa nak campur pun) ikut ape yang ada kat dalam freezer tu je lah kan... Carrot dengan kacang buncis pun jadilah... Di goreng je...
Ni lah ayam goreng yang saya beli tu.. Tambah sikit dengan sosej, crab ball dengan prawn ball... Hentam je lah ye... Macam mana nak kurus ni... Berangan je lah Puan Iwani!!!
Ni kari ayam campur kentang.. Letak sebiji cili merah tapi tak nampak pulak kan.... Kenapa warna kari jadi macam ni ye... Dah penat sangat sampai tak boleh fikir dah ni.. Pape je lah... Asalkan sedap... Dah habis dah pun...
Sunday, July 10, 2011
Ikan Masak Lemak Cili Api Dan Sayur Tumis Air
Saturday, July 9, 2011
Roxy Cake
Wani lambat upload entry kali ni... Lepas makan tengahari tadi rehat sekejap... Tiba-tiba En Suami ajak ke Fitness First... Rupanya kawan dia pun ada kat sana... Wani pun ikut je lah... Bila kira-kira balik, memang dah tujuh bulan jugak Wani tak pergi Fitness First.. Since lepas kahwin la kan... Sibuk sangat nak belajar masaklah apelah... Bayar je tiap-tiap bulan... Tapi tak pergi... Since hari ni dah start, memang lepas ni akan selalu lah Wani pergi... Dah rindu jugak nak masuk semua kelas-kelas yang ada tu...
Eh.... Ape mengarut ni... Balik kat Kek Roxy ni semula.. Kek ni memang sedap... Memang untung lah Wani ikut cakap Kat Ita.. Menyesal kalau tak buat... Sedap sangat... Flavour tu bercampur... Colour pun menarik.. Gebu.. En Suami pun suka makan.. Seronok betul Wani... Bawaklah sikit ke rumah MIL... Adik-adik ipar pun suka tengok warna yang colourful tu.. Lagi-lagi yang bongsu... Takpelah... Kalau suka makan, Kak Wani lagi suka nak buat... Jom kita tengok resipi... Rasanya memang ramai dah buat kek ni... Macam biasalah... Wani memang terhegeh-hegeh hal masak memasak ni... Hehe...
Roxy Cake
Bahan-bahan;
- 330 gm tepung gandum
- 240 gm gula halus
- 600 gm putih telur
- 60 ml susu cair
- 150 gm mentega cair - wani ikut Kak Ita tukar kepada minyak Mazola
- 1 sudu besar ovalette
- Sedikit pewarna merah jambu, oren dan biru - wani tukar oren kepada kuning
- Sedikit perasa strawberry, oren dan lemon - wani tukar lemon kepada peach
- Secubit garam

Cara-cara;
Pukul telur, tepung gandum, gula, ovalette dan susu cair sehingga kembang
Masukkan mentega cair dan kacau rata dengan spatula
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian diletakkan perisa dan warna
Oren untuk perisa oren, merah jambu untuk strawberry dan biru untuk lemon
Griskan loyang dengan butter. Panaskan kukusan
Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang-seli
Wani tuang 3 sudu warna biru ditengah-tengah loyang, kemudian 3 sudu warna kuning betul-
betul di atas dan di tengah-tengah warna biru, diikuti warna merah jambu di atas dan betul-
betul di tengah-tengah warna kuning.
Buat sehingga 3/4 adunan dan kemudian dengan yang sama juga tetapi kurangkan kepada 2
sudu pula dan akhir sekali 1 sudu.
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga masak.
p/s ; Wani buat setengah adunan sahaja... Nak dapatkan 300 gm putih telur tu Wani gunakan
10 biji telur jadi bayangkanlah nak dapatkan 600 gm putih telur pulak...
Wednesday, July 6, 2011
Telur Kukus Sri Rampai
Assalamualaikum... Dah petang-petang macam ni baru Wani dapat sedikit masa untuk update entry ni... Ada banyak lauk dan kek yang dah Wani buat tapi tak menyempat-nyempat nak update dalam blog kesayangan ni... Bukanla Wani nak cakap Wani tak cukup masa... Semua orang dapat 24 jam 1 hari kan... Tapi Wani kena dahulukan perkara-perkara penting... Nak pergi klinik untuk check up pun belum sempat lagi...
Eh merepek dah ni... Malam tadi balik kerja memang Wani penat... Tapi kesian kat En Suami balik kerja nak minum... En Suami pulak baik hati kata tak perlu buat kuih atau apa-apa pun... Nak milo ais je rupanya... Dah siap milo ais Wani tengok dalam periuk... Mama Wani masak Gulai Telur campur Ubi Kentang, dan Ayam Goreng... Saya pulak sempat jalan-jalan ke dapur Kak Nor dan berkenan dengan resipi yang paling simple ni... Bahan-bahan memang ada dirumah dan cara-caranya pun mudah... Kak Nor, Wani mint izin letak kat sini pulak ye... Terima kasih... Rasanya memang juicy... En Suami pun sedap je meratah.. Dia kata lain kali boleh buat lagi... Yang sedap tu Wani ada campur daging ayam cincang macam yang Kak Nor buat... Meh tengok resipi... Tak perlu la Wani ajak kawan-kawan buat... Wani tau ramai yang dah biasa buat menu ni... Wani je yang baru terhegeh-hegeh kan... Hehe...
TELUR KUKUS SRI RAMPAI
Bahan-bahan ;
3 biji telur
1 biji bawang merah - potong dadu
1 biji cili merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 tangkai daun bawang - dihiris
sedikit daging ayam cincang
sedikit garam
sedikit minyak masak
Cara-cara ;
1. Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga
sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam acuan yang disukai yang telah disapu dengan minyak masak.
Kukus dalam pengukus yang dah dipanaskan selama 10 minit.
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.
Beef Burger
Kelmarin Wani jalan-jalan ke TESCO dengan mama dan ayah... Teringat kat rumah masih ada daging burger... Sayang pulak kalau biar lama-lama nanti busuk macam tu je... Bila nampak roti burger yang dah siap ni kat bahagian roti, Wani pun ape lagi... ambil je la... Tapi kalau perasan, Burger yang Wani buat ni tak sempurna... Tak ada sayur... Wani ingat kat rumah ada lagi stok timun dengan tomato.. Rupa-rupanya Mama Wani dah masak hari tu... Jadilah burger Wani tak bersayur...
Lupa nak bagitau... Ada nampak tak setangkat jambu span tu... Haaa..... Dalamnya ada sumi.... Mama dengan Ayah Wani buat kraftangan untuk cenderahati time majlis sanding wani... Lepas tu pak cik Wani order pulak untuk majlis sanding anak buah sebelah isterinya... Then sepupu lagi sorang nak jugak buat cenderahati masa majlis pertunangannya... Maknanya... Kalau ada sesiapa yang nak order boleh lah kan... Harga kena bincang dengan Mama Wani kemudian...
Enough to say.... :-)
Friday, June 17, 2011
Kek Batik...
Bahan-bahan (1 Kg)
- 200 Gram Milo
- 250 Gram Butter
- 3 Sudu Makan Serbuk Koko
- 1 Tin Kecil Susu Pekat Manis
- Biskut Marie Secukupnya
Cara-cara
1. Cairkan butter dalam kuali dengan api yang kecil sekali
2. Setelah cair masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit dan gaul hingga milony hancur
3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul hingga halus dan tidak berketul-ketul
4. Setelah pekat susun biskut Marie di dalam loyang.. (Lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkn setelah sejuk)
5. Lapis dengn coklat tadi dan ulang sehingga habis.
6. Siap dan biarkan semalaman.. Boleh potong dan hidangkan mengikut citarasa..
Wednesday, May 25, 2011
Puding Roti Karamel...
Hari ni mama ayah saya akan datang dari kampung... Hujung minggu ni InsyaAllah family saya akan bertambah seorang lagi.. Anak buah saya bakal mendirikan rumahtangga... Welcome to the club lah Iena... Hadiah belum cari lagi ni... Tak tau nak beli ape...
Bahan-bahan B ;
1 tin susu cair [ 400 ml ]
1 sudu teh esen vanila
2 sudu tepung kastard
Buah pic [ sebagai hiasan ]
Cara membuat ;
Masakkan gula di dalam kuali tidak lekat.
Tuangkan karamel ke dalam loyang. Ketepikan.
Kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar.
Panaskan kukusan sehingga air mendidih.
Masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Kukuskan selama 30 hingga 40 minit.
Sejuk dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan leper besar.
Susunkan hirisan buah pic. Sedia dihidangkan.
Monday, May 23, 2011
Memasak...
Tapi kalau dengan mama sendiri memang kena marah la kan.. "Dari kecik mama suruh belajar masak... Tapi sibuk dengan hal sendiri.." Pastu baik saya ke depan bodek bodek ayah.. Senyum senyum peluk cium mama... Bagi reda sikit marah mama tu... Tapi saya memang suka mama membebel.... Shows that she still care... Kalau dah tak mahu tegur tu kan... Saya fikir mama dah tak peduli pada saya lagi.. Time tu mesti ada rasa bersalah...
Hhmmm... Dah melalut tu.. Malam tadi saya tak masak yang spesial so tak perlu la upload gambar kan... Cuma goreng kobis campur kicap dengan telur dadar... Sebab En Suami cakap tak selera.. Tapi kejap lagi nak sediakan popia sosej... Esok pagi sebelum pergi kerja boleh goreng... Untuk sarapan dan En Suami bawa bekal ke pejabat... Sekurang-kurangnya untuk alas perut...
So, that's all to said! Take care..
Thursday, February 24, 2011
Holiday
I was sick last month... I went to see doctors and they said I only get pain because of Gastric.. God.. If I only get Gastric, why would everything I ate came out... Nothing left inside.. I didn't know... Until now I dont know... So, just wait and see then..
Then, last Chinese New Year Holiday I went to Cameron Highland.. It is still in Malaysia of course.. Hehe... I spent two days a night there with my beloved Hubby, Eddy.. And thanks to him for support everything.. Well.. I treat you on meals right.. Hehehe... I went to Tea Plantations, Strawberry Park, Flower Park and Cactus Park... Endowment by The Great, Allah s.a.w. It was so beautifull... It was so amazing... I shopping a little bit for my mom, my mom in law and his aunty (since she knows we went there, its not nice if we don't buy anything for her right)... And for myself for sure... Hehe...
Actually it wasn't really meant for our honeymoon there... My Hubby said he's going to take me to Phuket Island in Thailand for our honeymoon next month... But since he is so busy with his project, his works, everything has postponed... I am not going to force him to go there instead we have gone somewhere else... Hehe... It was Singapore... Haha!!!
Actually it wasn't for honeymoon again... Again... We went there because of his cousins marriage... We stayed at his uncle's house.. And.. We went there together with his mom, sisters and granny... Okay lah.. For us to borrow dad's Toyota Alphard.. Hehe... Gosh! Everything in Singapore seems very expensive to me... A bottle of coke cost me S$4.00.. Then I calculate them... It was RM9.80.. A bottle of mineral water is S$2.00... That means RM4.90 per bottler...
I haven't got any chance to go to any best place such as Universal Studio, Sentosa Island or to get to any of their part.. Know why... Because I don't have heart to look at my Hubby taking out Singapore Dollars just to treat us... I mean, he need the money too... He got to do everything for our life here in Malaysia... Know what... We'll get there when we got really much more money to spend... I will spend money to treat my Hubby to... Because he always spent money on me.. Hehe... Not really to reciprocate or something... I just want to thank him for everything he had done for me..
Owh... I went to ION Orchard, VIVO City and Far East Mall... At least... By the Orchard Road, I got suprise from my Hubby... He gave me a TITUS watch that I always want... I was so greatfull... Thank you Allah.. You sent me a best man.. He brighten my life... I am so lucky.. And for that, I made an announcement... Hehehe... It was at Chathay Mall... I went to the right side which I saw a group of people busy with a DJ.. I look at them wondering what happened... Yes! I am so lucky... What a coincident... They asked if anybody want to give any love messeges to beloved one... Owh it's almost Valentine's day... Well, eventhough I am not celebrating it (couse I'm Muslim) I just wanna thank my Hubby so I wrote down -


